SELAMAT DATANG TO MY FWEN

Monday, December 26, 2011

HOBI~

kenapa nak borak pasal hobi pulak ni..
hahaha..
hobi burn?
pelik kalau korang tau apenyer..

1. suka kumpul tisu...
weii. bukan tisu sembarangan tau.. tisu yang ada cop tu la...
kadang2 jadi satu habit tau.. g hotel or tempat2 mana2 ada tisu mesti ambik lebih n simpan setengah...
mak ayah da h tahu la.. dorg pun support sbb ayah selalu outstation so ayah ada jugak tolong ambik kan.. mak pun sama gak...

2. kumpul sampul duit raya...
hahaha. x ada duit pun...koleksi? ada dekat 100+- keping da.. yang limited edition ada.. yg tahun 2002 pun ada gak... hahahah.. suka,, ntah naper.. yg ni pun emak n family pun tahu gak...

3. duit kertas siri pelik
yang ni yang baru... 
baru start.. 
baru berapa keping... hahaha

RM1 JE

sebelum ni pernah dapat RM50 dgn siri AEH3333333
tapi terpaksa guna sbb x ada duit nak makan,,, hahaha...
sayang kan...

~~

Friday, December 23, 2011

Laila dah nak kawen lA~

minggu depan kena pegi jugak..
kenduri kawen my best fwen tu..
kiranya ramai yang akan datang..
mcm reunion sekolah menengah balik.... sbb kawan-kawan lama akan datang kenduri kawen tu...
bestnya.....


NURLAILATULRUMDZANI N x kenal nama laki ko la... sorry


tapi.. eh ada tapi la.. bole pulak my dear fwen sorang tu buat hal pulak....
n semalam sms kata bos x bagi cuti sebab ramai dah mintak cuti....
kan da suruh aplly awal2 x nak.. degil la.
kan suruh apply sebulan awal...
memang burn mengamuk la..
nanti jawap la sendiri dengan laila k...
muncung~~~~~~~


Aku marah ko Hanis....



hehehe.. dapat jumpa intan nanti mesti besh kan, 
dilaaa.. rindu kat dorang.. i hope i can see my old fwen. come together..
(melalut da bahasa inggress tu)

tema?
emmm... merah hitam..
yeyyeyeye
nak pakai baju batik warna hitam merah yang burn buat sendiri kat kampung hari tu
aah.. burn canting n warna sendiri la...
apa? tak caya?
x caya tanya makusu burn...




ni kek la bukan baju burn


ehh melalut sudah... 
semoga segalanya berjalan dengan lancar.
kad da sampai kat rumah.
kalau my fwen yg sorang tu x dapat nak g burn g je la dengan family sebab famil pun nak ikot gak....
 adioss~

sms CINTA la~~

SMS Cinta
Dari mana datangnya cinta ……
dari SMS turun ke hati …..

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

Hello..
Aku pencuri…
dan aku di sini nak curi hati kau!!!

U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

I nak belanja u gula-gula HACKS…..
faham tak ertinya?

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang

Luahan Cinta Ibarat Kentut…..
ditahan sakit….
dilepas malu….
dah keluar..fuhhh! Lega!!!

Jika kau hidup sehingga 100 tahun….
aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau…

Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau…
1…..
2……
3…..
4……

Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku….
Tekan lagi kalau masih rindu…..

Lagi….

Lagi….

Masih tekan lagi???

Nampak sangat rindu…..

Aku juga sedang merinduimu…
Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku

Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

Aku terasa sesuatu dihatiku…ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

Apakah kasih sayang perlu diucapkan?
Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Cintaku bukan ibarat kertas…..
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…..

Jika mencintaimu satu kesalahan…biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu…

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu….Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

Aku tak dapat hidup tanpamu…..
kerana kaulah nyawaku……

Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

70 Ayat Yang Boleh Mencairkan Lelaki@ wanita



1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.


Boleh cuba-cuba guna ok untuk wanita. Mungkin boleh juga untuk digunakan oleh lelaki kepada teman wanita anda/ isteri.

Wednesday, December 21, 2011

PERINGATAN UNTUK KAUM ADAM DAN HAWA~



PERINGATAN UNTUK KAUM ADAM DAN HAWA~





Apabila kamu berkawan dengan lelaki,


Ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang


Pertama...


Kamu jadi seperti kelapa
Mudah diperoleh
Diparut
Diperah
Dan diambil santannya
Selepas itu hampasnya dibuang...

Yang kedua...
Kamu menjadi sebutir mutiara
Berada di dasar lautan
Tersimpan rapi
Dilindungi kulit
Bukan senang nak dilihat
Apatah lagi mendapatkannya
Hanya orang yang bertuah
Berusaha menyelami dasar lautan
Dapat memperolehnya
Harganya mahal sekali
Dan ia akan tersimpan selamanya...

Jadi...
Kamu pilihlah sama ada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
Di sebalik santan...
Menjadi penyedap makanan
Diperah segala kenikmatan
Dengan mudah jatuh menjadi titisan
Akhirnya habis kari dimakan
Pulut panggang sisa habis ditelan
Dan santan hilang tak jadi ingatan
Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang
Orang tak kenang jasa santan...

Mutiara...
Tertanam di dasar yang paling dalam
Sukar andai mengharap jadi perhatian
Kerana
Ia dilapisi kulit yang keras
menghadang
Namun kiranya ditemui insan
Akan menjadi permata hiasan
Terletak tinggi di cincin idaman
Atau di leher nan jinjang
Atau di lengan menawan
Makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian...

Oleh itu...
Tentukan yang mana satu pilihan
Menjadi santan
Mudah jadi perhatian
Tapi hanya sebentar jadi santapan
Kemudian hilang segala nikmat dan pujian...
Menjadi mutiara
Sukar ditemukan
Namun bila dihias indah gadis perawan
Hilang ia...
Tangisan mengiringi berzaman...

APA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA PADA PEREMPUAN???

Lelaki suka


1. Sikap kelakar
2. Budi pekerti dan kesopanan
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Pandai memasak
6. Pandai dalam mengenakan pakaian
7. Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8. Tak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
10. Tak terlalu seksi dalam berpakaian
11. "Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang"
12. Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
13. Berwawasan atau bercita-cita tinggi
14. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
16. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
17. Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
18. Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
19. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
20. Sikap keibuan
21. Sukakan kanak-kanak
22. Suara lembut tanpa dibuat2
23. Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
24. Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
25. Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
26. Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
27. Tahu bersyukur
28. pandai berjimat-cermat
29. tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Lelaki Tak Suka


1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Hisap rokok
5. "Kau ni macam orang tiga suku!"Mengutuklah tu...
6. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
7. Wanita yang suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
8. "Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!"
9. "Jangan cuba beritahu I apa yang patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan.."
10. Wanita yang hipokrit
11. Pembohong dan suka mencari alasan
12. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
13. Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
14. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
15. Pengotor dan pemalas
16. Tak bertanggungjawab langsung
17. Tak pandai mengemas
18. Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
19. Kuat berleter walau hal remeh temeh
20. Boros berbelanja
21. Tak tahu memasak
22. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
23. "Queen Control" atau suka mengarah2
24. Tak pandai bergaya atau selekeh
25. Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
26. Suka mengungkit2 hal-hal lalu
27. Panas- baran
28. Kuat merajuk dan sukar dipujuk
29. Terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
tak mahu mengakui kesilapan dan ego

30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

huu... hebat2..

jaLan Jalan Makan...

hai, semua. lama tak update blog kan..
bz memanjang la.. cian blog burn ni..

last week g umah kawan..
dekat mana?
dekat pantai dalam... area tak ingat la taman apa..
kat appartment  tu..
kawan tu x sampai umah lagi so burn g la lepak kat bawah tu. kan ada kedai makan kecik2 tu..
warung la
try makan nasik lemak n pulut panggang. sedap.. 

tetiba2.. ada benda merayap tau kat kaki.. 
bebulu...
takot..
nasib baik tak jerit...
rupa2nya ada 2 ekor arnab tengah bermain di bawah kaki ku..

comel?
memang comel..
arnab tu just berkeliaran kat situ..
tanya akak yang  keje kat warung.... 
`kak comel arnab ni... dia x g jalan raya ker? takut la kene penyek.. comel sangat....`
akak tu cakap 
`x sbb arnab2 tu da jinak, hanya main-main kat area warung ni je`.

korang patut g sana kalau korg suka kan arnab...
comel ni...

sorry ye pic x clear sbb malam n hp x mahal






SAYA AKAN KEKAL MUSLIM SEHINGGA MATI - ARIF ALFIAN

KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.





Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia
kata burn: emm kalau dia ni muslim dia x akan buat mcm tu. atau muslim pada nama sahaja... ntah la...

Friday, November 25, 2011

Gambar - gambar menarik ..

Christian Esquivel of Mexico menerima punch dari Shinsuke Yamanaka Jepun semasa Boxing Majlis Dunia (WBC) bantamweigh di Tokyo November 6, 2011.

kata Burn: shoot tepat n sedap kena siot 








pada Pertunjukan Udara DubaiPatrouille Acrobatique de France pasukan kapal terbang  meninggalkan kesan asap dalam bentuk LOVE di belakang menara masjid ,November 14, 2011


 kata Burn: pandai jugak dorang ni kan.. ni bukan edit tau...






 Chicago, IL - 28 OKT: topeng Halloween Muammar Gaddafi, Osama bin Laden dan Saddam Hussein telah ditawarkan untuk jualan di Cultural Fantasy on October 28, 2011 dalam Chicago, Illinois.


kata Burn: Astagafirullah.. x patut dorang buat mcm ni.. tau la hiburan. tapi jangan....




lompat si katak lompat.. pandang miami.. perlawanan ragbi.

lompat la tinggi2... 











 Monyet tupai Bolivia  x pernah nampak bola kot ...pada 18 Ogos 2011












 Burung ini tertarik kepada kamera dan akan menyiasat mana-mana kamera ia lihat











Anjing itu bertindak sebagai jururawat `segera` untuk tiga ekor anak harimau jenis Siberia yang dilahirkan pada 18 September sebagai ibu mereka, kerana ibu mereka  tidak dapat memberi makan kepada mereka, menurut pegawai-pegawai zoo.


kata Burn: sedangkan haiwan/ binatang sayangkan binatang lain... inikan manusia sekarang ni....



Ana Julia Torres ciuman Musytari, singa yang diselamatkan dari sarkas 12 tahun lalu, pada September 17, 2011, di tempat tinggal Lorena Villa, di Cali, Valle del Cauca jabatan, Colombia. Torres


kata Burn: nak sekor jugak!








Sunday, November 20, 2011

Top 10 pelancongan paling Best kat Malaysia

Selamat pagi semua my fwen.. lama da abu x update blog kan..
sian blog burn ni jadi anak tiri pulak

Harini nak update pasal tempat percutian kat seluaruh Malaysia....
ya la.. musim cuti kan..mesti adik2 atau abng2, makcik2 n kakak-kakak.. ehh 
semuala nak g jejalan kan.... 
nah! ambik ko 10 percutian paling best kat Malaysia...

1.PULAU PINANG
Kebanyakannya dihuni oleh masyarakat cina, Pelancong juga boleh mencuba pelbagai jenis  makanan tempatan, (saya suka jeruk dia pinang, sedap sangat) tapak pra sejarah yang di tinggal kan  yang menjadi satu warisan dunia, matahari terbenam di pantai Batu Ferringhi yang begitu indah serta meneroka sedikit makanan-makanan `spicy` yang ada di sini... ye lah mamak kan ramai kat sini.... Cuma jangan bawak balik awek Penang sudah yer.... :)
2. CAMERON HIGHLAND
huh.. saper yang tak tahu tempat i kan...
semua orang tahu kan...
abu pun tahu la..

Kawasan pedalaman di tanah tinggi di mana korang boleh melawat ladang teh di udara sejuk, menghirup teh di kafe, melihat bunga dan ladang kaktus, serta cuba makan tengah hari steamboat tempatan dan makan malam. sape yang x nak kan... tempat paling tenang dan best la untuk korang kunjungi... Anda juga boleh bermain golf di sana juga. :)

3. TAMAN NEGARA

Dengan hutan hujan yang tebal di sekeliling anda, cuba berjalan menyulusuri hutan belantara, menjejaki gajah (macam best jer) . kayak dan bermalam di Tasik Kenyir. wow.. hebat tu... Menangkap ikan dan menerokai Taman Negara di Endao Rompin..



4. PULAU REDANG

Pulau Redang, yang terletak 45km di luar pantai Kuala Terengganu, adalah yang paling besar di antara semua pulau yang ada di Terengganu. Pulau Redang akan membuat pelawat rasa tertarik dengan keindahan yang menarik. Perairan yang sangat biru yang dikelilingi oleh pasir putih, berlatar belakangkan bukit-bukit dan hutan-hutan yang menghijau. Sedap mata memandang ni..

Perairannya yang penuh dengan pelbagai kehidupan marin dan batu karang, dan penglihatan yang baik menjadikannya ideal untuk snorkeling dan menyelam... wah..






5. SARAWAK ATAUPUN SABAH

Mendaki Gunung Kinabalu, best tu .. dulu dapat daki yang bawah je sebab terlalu sejuk bha, melawat keajaiban Borneo di mana anda boleh melihat Orang Utan yang liar dan jinak di Sepilok.. rasa banyak makanan laut yang segar dan murah! di Tawau, tempat lahir lagi di kenang.. Pulau Sipadan terkenal "Syurga menyelam"

Sukakan cabaran? korang mesti sukakan?
Cari sesuatu yang berbeza, ?
Sarawak, Syurga tersembunyi Borneo, negeri terbesar dari 13 negeri-negeri Malaysia dan diletakkan di pantai utara-barat pulau Borneo
Tempat yang akan membawa anda banyak perbezaan flora dan faunadan akan meninggalkan anda dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Di sini, ruang gua terbesar di dunia, berjalan kaki dan pembentukan batu kapur semulajadi yang menakjubkan dan membuat anda bingung dan hairan.



6. MELAKA

Bandar sejarah dengan seni bina dan budaya kuno dari Portugis, Belanda dan Sepanyol sejak diasaskan pada kurun ke-15.. http://www.tourism-melaka.com/review/..



7. LANGKAWI
  
kalau Langkawi je mesti nak tunjuk pic Helang tu kan.. ish ish ish.. abu tunjuk Sky Bridge... 
tinggi siot.. 
banyak jugak la tempat sejarah yang ada kat langkawi ni.. kalau korang x tahu aku cepuk sekor-sekor..
Mahsuri, beras terbakar.. dan lain-lain.. nanti abu story pasal langkawi sebab abu da g....



 

Saturday, November 5, 2011

lelaki pun ada bra?

la...
ni kat jepun jer.. aku pun hairan gila.. hahaha





yang penting aku tak paham apa yang dia tulis.. yang aku paham ayat MEN BREAST tu jer 

The baEst Fokus~

the Arc de Triomphe from the Eiffel Tower in Paris






nice shoot~





Thursday, November 3, 2011

mahsuri

MAHSURI

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.    Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]

Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235
.
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Wednesday, November 2, 2011

Saturday, October 22, 2011

tempat keje bru~ 2

eh ada sambungan la...
hehehe
bos baru ni memang sproting sangat. 

tempat keje bru~

burn sekarang bz dengan keje,
lepas keje lama kat parkson ria rawang as cashier, burn berenti n keje kat subang jaya pulak
as pelukis pelan,

syukur sangat dapat keje kat sana sebb bos amat sporting sangat. n harap burn x kan menghampakan bos.. 
burn ni senang sangat jika  company tu bagus kat burn, burn akan bagi seluruh jiwa dan raga kat company tu.. 
tapi jika company tu bagi yg bad kat burn, senang jer burn bagi taik kat company tu balik..

korng mesti nak tahu kan company apa yg jahat n pernah burn keja.. company tu jahat gila dgn burn.. n burn bagi taik means melakukan perkara di luar jangkaan yg x bole drg balas balik...

1st keje dulu kat kilang kacang,
kecik jer,
tokey dia cina.. baik dgn kami (burn n hanis)
tapi pekerja dia mcm hanjing buat org baru mcm kami as kuli dorg..

1 day dorg dapat tendar baru membekalkan kacang kepada MAS, yup MALAYSIA AIRLINES
so dapat mesin baru.. mesin tu pulak hanya burn n hanis jer tahu buat sbb time tu kami ni je budak yg bole harap guna mesin tu.
so pejing (pekerja mcm hanjing ) tu arahankan kami bersihkan kilang tu, cuci, mop semua kawasan dalam kilang tu..
ok burn x kisah sbb biasa jadi cleaner dulu. (ni cetar kemudian k)
masalahnyer x habis nak buat mop tu dia da suruh arahkan buat keje lain... ok, burn cakap yg mop ni mcm mana? dia cakap tinggal dulu n buat yg ni dulu.. ~ so yg mop tu terbelengkalai la kansssss.
pastu lap pintu (PINTU? MCM X LOGIK KAN TAPI KENYATAAN)
x sempat habis lap pintu di suruh buat benda lain pulak.. n buat lain pulak.. n sampai satu tahap darah dah naik kat kepala... burn apalagi mengamuk la...
KO INGAT AKU KULI BATAK KAU KE BODOH!!!!

terus hempas pintu ambik barang n balik rumah!!!
hanis pun follow gak!!!

esok nyer bos cina da tahu citer tu n ajak balik keje kilang tu.
hati da tawar la... da malas...
ntah apa PEJING tu cakap....

esoknye keje kilang kat sebelah kilang kacang tu~
heheheeh

Saturday, September 10, 2011

Friday, September 9, 2011

Scrap~

lama x update blog, n buat scrap blog.. ni ada la buat sikit untuk kengkawan.. hasilnya.. ringkas n so sweet~




 shumil kan durang ni~~ hasil yg simple jer~

Thursday, September 8, 2011

CanTik nYER

pIC yang burn rasa santik sangat... tapi pic ni semua burn yang ambik tau~~



 hasil nyer....