SELAMAT DATANG TO MY FWEN

Friday, November 25, 2011

Gambar - gambar menarik ..

Christian Esquivel of Mexico menerima punch dari Shinsuke Yamanaka Jepun semasa Boxing Majlis Dunia (WBC) bantamweigh di Tokyo November 6, 2011.

kata Burn: shoot tepat n sedap kena siot 








pada Pertunjukan Udara DubaiPatrouille Acrobatique de France pasukan kapal terbang  meninggalkan kesan asap dalam bentuk LOVE di belakang menara masjid ,November 14, 2011


 kata Burn: pandai jugak dorang ni kan.. ni bukan edit tau...






 Chicago, IL - 28 OKT: topeng Halloween Muammar Gaddafi, Osama bin Laden dan Saddam Hussein telah ditawarkan untuk jualan di Cultural Fantasy on October 28, 2011 dalam Chicago, Illinois.


kata Burn: Astagafirullah.. x patut dorang buat mcm ni.. tau la hiburan. tapi jangan....




lompat si katak lompat.. pandang miami.. perlawanan ragbi.

lompat la tinggi2... 











 Monyet tupai Bolivia  x pernah nampak bola kot ...pada 18 Ogos 2011












 Burung ini tertarik kepada kamera dan akan menyiasat mana-mana kamera ia lihat











Anjing itu bertindak sebagai jururawat `segera` untuk tiga ekor anak harimau jenis Siberia yang dilahirkan pada 18 September sebagai ibu mereka, kerana ibu mereka  tidak dapat memberi makan kepada mereka, menurut pegawai-pegawai zoo.


kata Burn: sedangkan haiwan/ binatang sayangkan binatang lain... inikan manusia sekarang ni....



Ana Julia Torres ciuman Musytari, singa yang diselamatkan dari sarkas 12 tahun lalu, pada September 17, 2011, di tempat tinggal Lorena Villa, di Cali, Valle del Cauca jabatan, Colombia. Torres


kata Burn: nak sekor jugak!








Sunday, November 20, 2011

Top 10 pelancongan paling Best kat Malaysia

Selamat pagi semua my fwen.. lama da abu x update blog kan..
sian blog burn ni jadi anak tiri pulak

Harini nak update pasal tempat percutian kat seluaruh Malaysia....
ya la.. musim cuti kan..mesti adik2 atau abng2, makcik2 n kakak-kakak.. ehh 
semuala nak g jejalan kan.... 
nah! ambik ko 10 percutian paling best kat Malaysia...

1.PULAU PINANG
Kebanyakannya dihuni oleh masyarakat cina, Pelancong juga boleh mencuba pelbagai jenis  makanan tempatan, (saya suka jeruk dia pinang, sedap sangat) tapak pra sejarah yang di tinggal kan  yang menjadi satu warisan dunia, matahari terbenam di pantai Batu Ferringhi yang begitu indah serta meneroka sedikit makanan-makanan `spicy` yang ada di sini... ye lah mamak kan ramai kat sini.... Cuma jangan bawak balik awek Penang sudah yer.... :)
2. CAMERON HIGHLAND
huh.. saper yang tak tahu tempat i kan...
semua orang tahu kan...
abu pun tahu la..

Kawasan pedalaman di tanah tinggi di mana korang boleh melawat ladang teh di udara sejuk, menghirup teh di kafe, melihat bunga dan ladang kaktus, serta cuba makan tengah hari steamboat tempatan dan makan malam. sape yang x nak kan... tempat paling tenang dan best la untuk korang kunjungi... Anda juga boleh bermain golf di sana juga. :)

3. TAMAN NEGARA

Dengan hutan hujan yang tebal di sekeliling anda, cuba berjalan menyulusuri hutan belantara, menjejaki gajah (macam best jer) . kayak dan bermalam di Tasik Kenyir. wow.. hebat tu... Menangkap ikan dan menerokai Taman Negara di Endao Rompin..



4. PULAU REDANG

Pulau Redang, yang terletak 45km di luar pantai Kuala Terengganu, adalah yang paling besar di antara semua pulau yang ada di Terengganu. Pulau Redang akan membuat pelawat rasa tertarik dengan keindahan yang menarik. Perairan yang sangat biru yang dikelilingi oleh pasir putih, berlatar belakangkan bukit-bukit dan hutan-hutan yang menghijau. Sedap mata memandang ni..

Perairannya yang penuh dengan pelbagai kehidupan marin dan batu karang, dan penglihatan yang baik menjadikannya ideal untuk snorkeling dan menyelam... wah..






5. SARAWAK ATAUPUN SABAH

Mendaki Gunung Kinabalu, best tu .. dulu dapat daki yang bawah je sebab terlalu sejuk bha, melawat keajaiban Borneo di mana anda boleh melihat Orang Utan yang liar dan jinak di Sepilok.. rasa banyak makanan laut yang segar dan murah! di Tawau, tempat lahir lagi di kenang.. Pulau Sipadan terkenal "Syurga menyelam"

Sukakan cabaran? korang mesti sukakan?
Cari sesuatu yang berbeza, ?
Sarawak, Syurga tersembunyi Borneo, negeri terbesar dari 13 negeri-negeri Malaysia dan diletakkan di pantai utara-barat pulau Borneo
Tempat yang akan membawa anda banyak perbezaan flora dan faunadan akan meninggalkan anda dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Di sini, ruang gua terbesar di dunia, berjalan kaki dan pembentukan batu kapur semulajadi yang menakjubkan dan membuat anda bingung dan hairan.



6. MELAKA

Bandar sejarah dengan seni bina dan budaya kuno dari Portugis, Belanda dan Sepanyol sejak diasaskan pada kurun ke-15.. http://www.tourism-melaka.com/review/..



7. LANGKAWI
  
kalau Langkawi je mesti nak tunjuk pic Helang tu kan.. ish ish ish.. abu tunjuk Sky Bridge... 
tinggi siot.. 
banyak jugak la tempat sejarah yang ada kat langkawi ni.. kalau korang x tahu aku cepuk sekor-sekor..
Mahsuri, beras terbakar.. dan lain-lain.. nanti abu story pasal langkawi sebab abu da g....



 

Saturday, November 5, 2011

lelaki pun ada bra?

la...
ni kat jepun jer.. aku pun hairan gila.. hahaha





yang penting aku tak paham apa yang dia tulis.. yang aku paham ayat MEN BREAST tu jer 

The baEst Fokus~

the Arc de Triomphe from the Eiffel Tower in Paris






nice shoot~





Thursday, November 3, 2011

mahsuri

MAHSURI

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.    Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]

Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235
.
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Wednesday, November 2, 2011