SELAMAT DATANG TO MY FWEN

Tuesday, June 28, 2011

~~Perihal Detik-detik Kedatangan Kiamat~~

Setelah aku berblogwalking disana disini,aku tersesat di blog sana heheh jangan marah ye. Kat situ ada post yang membuatkan aku tertarik nak membacanya. Jadi tidak membuang masa,aku ingin sharekan benda yang aku baca kat blog tuh iaitu pasal kiamat. Ianya mengenai kronologi-kronologi berlakunya hari kiamat tersebut.



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka sendiri.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah :
Pemimpin yang adil.
Orang muda yang taat kepada perintah Allah
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “Pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

*Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004*

Sunday, June 26, 2011

Restoran Sekinchan Ikan Bakar~

semalam cadang nak kuar g Family gathering kat bangsar tapi kak shila pulak nak g hantar bb Shamil untuk kami jaga sebab mak dah rindu dengan bb shamil.



nak g Tesco x sempat la sebab dah pukul 6 petang. so terus menuju ker rumah baru encik norman (adik ipar) n my adik siti raihanah kat TAMAN SRI SINAR, SEGAMBUT. (dari rawang)

rumah baru dorang di tingkat 6 so ader lift privete (macam) sebab area situ senyap jer. sunyi n sesuai best tenang sikit. ader swiming pool. (pasni kali kami hilang di rawang kami g mandi la kat sini)

pastu kami semua agak lapar n ayah belanja makan kat RESTORAN SEKINCHAN IKAN BAKAR.. Area segambut jugak.













korang tahu tak total makan 8 orang berapa?

RM220.60

Sunday, June 19, 2011

sEdiH sEKEtiKA~

FIRMAN - KEHILANGAN

lagu tu dah lama, tahun 2008 tapi sekarang da top macam pisang panas. bila diselidik dan di hayati lirik lagu nya memang penuh dengan MAKNA..

so bu ada serta kan lirik lagu ni sekali..
enjoy tau...

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Back to *, Reff:

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

HeaDer CuMiL~~

korang tgk header bu ni sweetkan?? korang tahu tak korang pun boleh buat macam ini jugak.

nak cuba tak.. serius korang akan suka punya la. korang boleh ke SCRAPBLOG, atau korang boleh klik link kat sini



pastu korang sign up la macam biasa..YES! PERCUMA SAHAJA~

pas dah masuk korang klik la CREATE NEW PROJECT, sebelah atas kanan pic tu.
jgn terkejut tau sebab dia ambil masa beberapa minit jap nak meloding..

pastu akan keluar macam pic ni kan...



terus klik pada BULATAN yang bu da tanda tu START FROM SCRATCH
dan akan keluar seperti gambar dibawah ni.



start dari sini bu akan ajar step by step macam mana nak bina header yang paling cool. korang semua klik pada ADD NEW PAGE



dan pilih la FROM THEME
kat situ ada contoh-contoh header yang cumil-cumil so korang boleh pilih la sendiri
bu pun da pilih. so bu or korang pun boleh edit gak
jangan ikot bu nyer k.



bila dah siap korang klik pada bu da bulatkan tu dan pilih EXPORT AS JPEG dan save la macam biasa.

kalau korang ader PICASA, PICNIC, PHOTO SCAPE or ape2 pun korang g jer resize kan pic korang tadi tu mengikot besar kesuaian header yang korang nak...

lepas *TING TING TING* da siap

TUNGGU kejap.. korang boleh tambah apa-apa yang korang nak kat situ contohnyer STICKER, BACKGROUND, TEXT BALLOONS, SHEAPS.. contoh ader kat bawah ni..



SELAMAT MENCUBA..

Apa-apa hal tanya bu k?

Friday, June 17, 2011

JaLan - Jalan CarI MakaN

17hb semalam kuar rumah kul 10 malam. Hanis dan farhan ambil di rumah dengan mengunakan kereta miliknya. Kami bercadang hendak ker i-city tetapi bajet tidak mencukupi so, kami bercadang hendak kerumah shahril di Liga mas, batang kali.
Kereta di pandu dengan berhati2 ke sana. Ini adalah kali pertama bu ker rumah kakak shahril di liga mas, batang kali. Rupa2nye rumah kakak shahril berhampiran simpang masuk ke air terjun genting sepah dan Genting highland. So sesampainye kami kat sana kami telah di jamu dgn makan keropok ikan.
Masa itu shahril tgh menjahit.

Lepastu kami jalan kaki kuar g makan kat kedai yg berhampiran. Hanis makan sizling + beef stik + nescafe ais. Farhan makan beef stik + nescafe suam, shahril makan nasik goreng kampung + nescafe ais. N bu makan char koteaw kerang + nescafe ais.
Kedai makan tu agak tenang n x banyak org sbb da pukul 2 pagi. Hahaha.
Agak lama jugak borak sampai kul 3pagi kami borak sampai gelak2 nakal. Sekurang2 dapat gak hilangkan tensyen.

dalam perjalanan kami terserempak dengan satu kemalangan yang amat ngeri la, sebuah kereta telah berlanggar dgn paip air dan mengakibatkan air melimpah keluar dgn dasyatnyer.. jalan menjadi jem dan kami terperangkap di situ.. kalau x percaya lihat berita kat link ni
Kul 3.30 pg kami balik ke Rawang n singgah pulak kat cyber cafe main pc jap. Main starcrafe la.. Hanis = terren, farhan=zerg, bu=protos.

Kami balik ke rumah pada pukul 4.50 pagi. Enjoy jugak semalam..... N sekarang ni kul 12tgh baru dapat bangun.. Warggghhhhhhh

Thursday, June 16, 2011

CINTA yang AGUNG,

CINTA yang AGUNG,
adalah ketika kamu menitikan,
air mata dan MASIH peduli,
terhadapny...
ketika dia tidak mempedulikanmu,
dan kamu MASIH menunggunya
dengan SETIA..

ketika dia mulai mencintai orang lain,
dan kamu MASIH bisa tersenyum
dan berkata padanya `AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU`

apabila cinta tidak berhasil
BEBASKAN dirimu... biarkan hatimu
kembali melebarkan sayapnya dan
terbang ke alam bebas lagi,

ingatlah.. bahawa kamu mungkin,
menemukan cinta dan kehilangannya
tapi
ketika cinta itu mati,
kamu TIDAK perlu mati bersamanya..

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang..
MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh

Wednesday, June 15, 2011

Bapa acu pistol marah cikgu denda anak ( Khamis, 16 Jun 2011)

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.

Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.

Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.



*mana la bapak dia dapat pistol tu?, pastu aku tgk sekarang ni ramai la ibu bapa n murid2 yg x paham perasaan menjadi seorg guru...

aku pun ader pengalaman pasal berita ni gak, mak aku g ambik report card adik laki aku story kat aku yg ader sorg cikgu yg di marahi oleh seorg bapa sbb anak dia di tangkap sbb hisap rokok kat sekolah..

kesian cikgu tu merah da telinga kena maki korang tahu tak.. n cikgu sabar siot dgn makian bapak budak tu..

pas cikgu tu kena maki mak aku datang kat cikgu n cakap pasal yg bapa budak tu tak patut buat mcm tu kat cikgu..
n mak aku mintak maaf if anak dia ader buat salah. n mak aku bagi kebenaran kat cikgu tu untuk memukul anak nyer if anaknya buat salah lagi.

sekarng n aku tgk if adik aku tu ader salah dia akn perbetulkan berbanding dgn budak yg dulu (yg bapa dia maki tu) cikgu tu biar hanyut mcm tu ~


Faktor penyumbang masalah disiplin pelajar:


# Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa pada era globalisasi kerana lebih mengutamakan kerjaya hingga lupa tanggungjawab mendidik anak. (g kerja kul 6pagi balik kul 11 malam so nak jumpa anak bila??, sabtu ahad ader kelab datin2 la!, persatuan dato2 la! main golf la!,)

# Kemunculan media massa serta sumber bacaan tanpa batasan hingga menyebab­kan pelajar ingin meniru dan mencuba. (hp zaman sekarang kan da canggih ader wifi pulak tu. 3G beb!, bluethot x main la infrared skarang ni. so boleh download benda xxx tu dgn cepat dan efektif, di campur dgn laptop or notebook yg parent bagi untuk kesenangan di salahgunakan)

# Pengaruh rakan sebaya kerana menganggap rakan sebagai rakan sebenar lantaran ibu bapa sukar meluangkan masa untuk mendengar atau berdampi­ngan dengan anak. (dah mak bapak g kerja so anak 2 pun x ader tempat nak mengadu masalah, so kalau kawan yg jenis jahanam so jahanam lah dorang ni)

# Kegagalan pihak sekolah untuk bertindak pantas dan telus kerana ada sebilangan cuba merahsiakan masalah disiplin yang berlaku. (ni hah! pengetua punya pasal la, x nak nama sekolah tercemar konon... yg tensyennyer guru2 la, yg murid lagi la berleluasa. sorg da tahu org luar x tahu so after yg buat tu dah kena buang ader lah yg mengikutnyer kan?)

# Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai atau menarik hingga pelajar lebih gemar menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah. (Bajet x cukup ker)

Tuesday, June 14, 2011

The Crazy Thing About Love





















Bu try la cari kat Youtube kan,
satu or beberapa cerita romantik thailand.
n bu taip thailand drama or movie .. n kuar la senarai yg menambat hati bu gak.. antaranya.. SUCK SEED, THE CRAZY LITTLE THING ABOUT LOVE and etc.

bu key in lagi cari story pasal SUCK SEED tapi x jumpa, so bu cari la pulak THE CRAZY LITTLE THING ABOUT LOVE,.. JUMPA!

tgk chapter 1/8 tgk dalam 5 minit da jatuh hati dgn story ni n start la download.. sampai chapter 8/8

A Little Thing Called Love, Cinta Pertama atau lebih popular dengan sebutan "Crazy Little Thing Called Love" adalah filem Thailand romantis yang pasti membuat korang jatuh cinta lagi ...
Sebuah filem yang boleh membawa kembali kenangan manis cinta pertama korang ( korang pernah bercinta ker?).
Sebuah filem yang akan mendakwa banyak air mata anda. (Menyediakan sapu tangan anda jika anda akan melihat ini).
MEMANG BU MENANGIS TGK CITER NI!!

Sebuah filem yang boleh membuat anda tersenyum ... dan tertawa! Sebuah filem tentang kehidupan, cinta, persahabatan, kesetiaan dan cinta remaja digulung menjadi satu. Sebuah filem layak tonton. NICE.. N BYK BENDA YG MENYENTUH HATI DAN PERASAAN

A Crazy Little Thing Called Love dikeluarkan pada tarikh 12 Ogos 2010. Setahun telah berlalu dan filem ini masih terus membuat gelombang di Asia. Para pelakon utama dari film ini adalah Mario Maurer dan wanita cantik Pimchanok Lerwisetpibol (Baifern)

Filem ini berpusat pada seorang gadis, sekolah biasa yang tampak berkulit gelap bernama Nam (Fern Pimchanok Leuwisedpaiboon) yang diam-diam jatuh cinta dengan seorang lelaki yang lebih tua kelas 10 bernama P`SHONE (Mario Maurer). P`SHONE adalah peminat fotografi dan seorang pelajar popular di sekolah mereka. Namun, ia sering diejek oleh beberapa sekolahnya kerana ayahnya tidak menendang tendangan bola penalti dgn tepat dan membuat mereka kehilangan piala negara dalam arena bola sepak. Tapi itu tidak mengubah fakta bahawa banyak anak perempuan di sekolah mereka akan menjadi gila di atasnya, termasuk Nam. Namun, Nam sangat menyedari bahawa dia tidak cantik dan x sesuai untuk P`SHONE, tapi dia tidak menyerah dengan mudah. Dengan bantuan dari teman dekatnya, Nam cuba segalanya untuk membuat dirinya lebih indah dan beredar di sekolah, berharap yang bersinar ingin dia suatu hari nanti.

ENDING SEDIH.. NANGIS BEB!

Thursday, June 9, 2011

aku RINDU kat seseOrg~

can you hear that?
"my heart, is telling you..
"I LOVE YOU SO MUCH"
"but i cannot reveal my true feeling to anyone"
can you hear that?
"my heart, is telling you..
"is still waiting there for you to open"
"and i can only hope you will know i"
"that i`m the one here to love you"
"i`m BEGGING you pls know it"
"SOMEDAY"

Monday, June 6, 2011

Thursday, June 2, 2011

senang jer~

Terima kasih sayang sbb teman kan b ulangkaji semalam walaupun dalam hp... N syg mendengarnya.. Syg tahu x b jawab dgn tenang n jaya nyer.. Hehehe

Wednesday, June 1, 2011

Kelas pagi....

Hari ni belajar AUSTRALIAN ACCOUNTING STANDARD BOARD.. kelas Financial accounting theory.. Semangat nak belajar beb..
Nanti bu letak kat sini History nyer.. What are their standard... Mission n vision
function n example.. Kumpulan dgn raj, nahvin, tai, kanmani...