KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.
Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.
Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.
Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.
*mana la bapak dia dapat pistol tu?, pastu aku tgk sekarang ni ramai la ibu bapa n murid2 yg x paham perasaan menjadi seorg guru...
aku pun ader pengalaman pasal berita ni gak, mak aku g ambik report card adik laki aku story kat aku yg ader sorg cikgu yg di marahi oleh seorg bapa sbb anak dia di tangkap sbb hisap rokok kat sekolah..
kesian cikgu tu merah da telinga kena maki korang tahu tak.. n cikgu sabar siot dgn makian bapak budak tu..
pas cikgu tu kena maki mak aku datang kat cikgu n cakap pasal yg bapa budak tu tak patut buat mcm tu kat cikgu..
n mak aku mintak maaf if anak dia ader buat salah. n mak aku bagi kebenaran kat cikgu tu untuk memukul anak nyer if anaknya buat salah lagi.
sekarng n aku tgk if adik aku tu ader salah dia akn perbetulkan berbanding dgn budak yg dulu (yg bapa dia maki tu) cikgu tu biar hanyut mcm tu ~
Faktor penyumbang masalah disiplin pelajar:
# Kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa pada era globalisasi kerana lebih mengutamakan kerjaya hingga lupa tanggungjawab mendidik anak. (g kerja kul 6pagi balik kul 11 malam so nak jumpa anak bila??, sabtu ahad ader kelab datin2 la!, persatuan dato2 la! main golf la!,)
# Kemunculan media massa serta sumber bacaan tanpa batasan hingga menyebabkan pelajar ingin meniru dan mencuba. (hp zaman sekarang kan da canggih ader wifi pulak tu. 3G beb!, bluethot x main la infrared skarang ni. so boleh download benda xxx tu dgn cepat dan efektif, di campur dgn laptop or notebook yg parent bagi untuk kesenangan di salahgunakan)
# Pengaruh rakan sebaya kerana menganggap rakan sebagai rakan sebenar lantaran ibu bapa sukar meluangkan masa untuk mendengar atau berdampingan dengan anak. (dah mak bapak g kerja so anak 2 pun x ader tempat nak mengadu masalah, so kalau kawan yg jenis jahanam so jahanam lah dorang ni)
# Kegagalan pihak sekolah untuk bertindak pantas dan telus kerana ada sebilangan cuba merahsiakan masalah disiplin yang berlaku. (ni hah! pengetua punya pasal la, x nak nama sekolah tercemar konon... yg tensyennyer guru2 la, yg murid lagi la berleluasa. sorg da tahu org luar x tahu so after yg buat tu dah kena buang ader lah yg mengikutnyer kan?)
# Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai atau menarik hingga pelajar lebih gemar menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah. (Bajet x cukup ker)
smkn risau dgn mslh mcm ni...
ReplyDeletelupa nak g tahu jgn nak salah kan ibu bapa gak
ReplyDeletesian dorang cari rezeki untuk anak2